PENGENALAN

Building and Structural Research Institute Malaysia (BASRIM SDN BHD) merupakan Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) yang diiktiraf CIDB bagi menjalankan kursus latihan pengurusan kontraktor mengikut modul atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh CIDB.

BASRIM telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia Pada Jun 2009, dan dari situ BASRIM telah berusaha keras dalam melaksanakan dasar perniagaan.

BASRIM mempunyai seramai 10 orang tenaga pengajar yang berpengalaman dan 20 modul yang tersenarai dibawah pentauliahan ini. Kursus-kursus ini diberi kelulusan dan dipantau sepenuhnya oleh pihak CIDB. Sehingga kini Basrim telah berjaya menjalankan melebih 100 kursus di seluruh Malaysia.

KUMPULAN SASARAN

  • Kontaktor yang berdaftar dengan CIDB dari gred G1 hingga G7
  • Pemilik syarikat.
  • Pengurusan utama syarikat.
  • Staf syarikat.

KONTRAKTOR AKAN MEMPEROLEHI

  • Sijil kehadiran dan mata CCD sebanyak 40 mata.
  • Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) akan diberikan kepada peserta yang lulus ujian penilaian.
  • SKP yang dikeluarkan membolehkan kontraktor untuk menambah pengkhususan bidang kerja pada Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor CIDB.

YURAN KURSUS

  • Pemegang kad hijau aktif RM500
  • Bukan pemegang kad hijau aktif RM800

TEMPOH KURSUS

  • 5 hari
  • 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Basrim Sdn Bhd 861483-P